Sunday, 17 April 2011

SIFE UNIMAP

sife unimap....kalau nak diikutkn..sife ataupun student in free entreprise ini telahh lama wujud di dunia ini..ia merupakan satu bertubuhan dunia yang tidak berasaskn keuntungan, pertubuhan ini menyatukan mahasiswa dan mahasiswi disamping para profesional alademik untuk bersama mencipta dunia dunia yang lebih baik dengan menyumbang bakat mereka untuk projek-projek bagi meningkatkan kehidupan orang di seluruh dunia, peserta SIFE akan menunjukkan dan mengajar komuniti yang telah mereka pilih dengan pengetahuan dan semangat untuk terlibat dalam dunia perniagaan yang boleh menjadi kekuatan untuk melakukan perubahan serta meningkatkn taraf hidup mereka ke suatu tahap yang lebih baik.


bagi unimap, tahun 2011 merupakan tahun pertama kami menyertai program sife ini, sebagai anak bongsu dalam keluarga sife malaysia, kami perlu belajar dan menimba pelbagai pengetahuan dan pengalaman dari ipta dan ipts yang telah lama bergiat di dalam pertubuhan ini. dengan berbekalkan 3 projek utama dan 1 projek jangka panjang diharapkan kami dapat untuk bersaing dengan sifer-sifer dari universiti yang lain untuk melayakkan kami ke peringkat akhir iaitu peringkat antarabangsa, SIFE WORLD CUP di mana tahun ini kuala lumpur diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah.


setakat ini, ketiga-tiga projek kami berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang terdapat konflik, biasalah bekerja di dalam organisasi kita tidak akan lari dari konflik dan percanggahan pendapat, bumi mana tidak ditimpa hujan...lidah lagikan tergigit..


sife banyak memberi pengetahuan serta pengalaman baru kepada kami, disamping belajar untuk menguruskan organisasi, kami juga belajar untuk menangani konflik serta tekanan, belajar untuk memimpin, bekomunikasi sama ada antara sifer tetapi dengan komuniti yang akan kami bangunkan juga..kami terpaksa mengubah mentaliti mereka ke arah minda perniagaan serta bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup mereka.


kami tidak meletakan harapan yang tinggi bagi penyertaan kami yang pertama tetapi pasukan  mana yang tidak mahukan kemenangan, kami perlu sedar dan ukur baju dibadan sendiri tetapi kami akan mencuba sedaya upaya umtuk memastikan sife unimap boleh berada sama tahap dengan sifer dari universiti lain di malaysia ini dan mereka akan hormat kami sebagai sife baru yang serba boleh..




::..majulah sife unimap untuk negara..::

















0 comments:

Post a Comment