hitam putih.......hhmmm....orang cakap hitam dan putih adalah dua warna yang berbeza dan boleh masuk dengan semua warna. Bila kita memakai sesuatu dengan warna hitam atau putih semua akan kelihatan cantik dan menawan. Hitam menunjukan seseorang itu lebih 'elegan' dan bergaya, bagi warna putih akan memancarkan kesantunan dan kebersihan serta kesucian. Kalau kita ikut kata Rain, Rain cakap 'hitam itu menawan'... hahaha...saya pun amat meminati warna putih dan hitam dari segi pakaian dan aspek lain.
tapi hitam dan putih juga dikaitkan dengan kehidupan, pernah tak kita dengar orang cakap, 'hitam putih kehidupan'. Bila kita berkata mengenai warna hitam semestinya kita akan terbayangkan tentang kemurungan, kesedihan, kejahatan, kematian serta sesuatu yang tidak baik. Setiap orang mesti pernah mengalami dan mempunyai kisah hitam mereka sendiri.
Jika hitam merupakan suatu elemen yang tidak baik maka semestinya warna putih akan membawa kebaikan, kecerian, kesucian, kegembiraan serta nilai-nilai yang baik di dalam kehidupan mereka.
sesungguhnya hitam dan putih merupakan warna atau elemen yang mewakili kebaikan dan kejahatan di dalam kehidupan seseorang. kehidupan seseorang tidak semestinya akan sentiasa baik dan tidak semua orang di atas muka bumi ini adalah baik. sudah menjadi resam dunia, di mana ada kebaikan pasti di situ terselit kejahatan. tetapi jikalau hanya terdapat kebaikan sahaja di dunia ini maka akan timbul masalahnya yang tersendiri tetapi jika dunia ini dipenuhi kejahatan maka hancurlah dunia kita. seperti konsep 'yin yang' iaitu konsep yang menerangkan tentang baik dan jahat, 'yin' mewakili warna hitam dan 'yang' pula warna putih. teteapi tidak sepenuhnya hitam dan putih, sama seperti hal dan situasi di dalam dunia ini tidak sepenuhnya hitam dan putih, mereka tidak dapat hidup tanpa satu sama lain..
bagi saya terdapat banyak lagi warna yang mewakili maksud-maksud yang tertentu tetapi hitam dan putih merupakan yang utama dan warna-warna lain berada dibawah lingkungan hitam dan putih cuma yang membezakannya adalah sama ada ia mewakili baik atau jahat.
***** ^_^ *****



0 comments:
Post a Comment